Polis Marin Sandakan rampas rokok seludup lebih RM204,000

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya merampas sejumlah rokok disyaki tidak berkastam bernilai kira-kira RM204,000 dalam satu operasi di Kampung (Kg) Sungai Kayu, Batu 7, di sini, pada malam Khamis.

Menurut kenyataan PPM Wilayah 4 Sabah, rampasan tersebut dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti penyeludupan serta pemunggahan rokok seludup di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota PPM Sandakan menjalankan pemantauan di sebuah rumah di kampung berkenaan pada 12 Mac 2026 kira-kira pukul 7.30 malam.

“Hasil pemantauan selama beberapa jam bagaimanapun tidak mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut.

“Susulan itu, pasukan serbuan bertindak menghampiri rumah berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan itu, pada Jumaat.

Pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemukan beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan di ruang rumah.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak berkastam antaranya rokok putih jenama Era Ice Plus, Satos Black Menthol, Satos Blue serta beberapa jenama lain.

“Kesemua barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” tambah kenyataan tersebut.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan