Bekalan makanan negara mencukupi ketika Aidilfitri, rakyat tidak perlu panik

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan negara mencukupi, termasuk menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, walaupun dunia berdepan konflik geopolitik yang memuncak di Asia Barat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan asas seperti beras, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada tahap mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei atau Jun tahun ini.

“Buat masa ini jangan kita bimbang apa-apa, kita sambut Hari Raya Aidilfitri dengan tenang dengan konsep berjimat cermat seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keadaan (bekalan) beras, daging ayam, telur, ikan, daging lembu, kerbau, susu segar, sayur, buah-buahan semuanya cukup sekurang-kurang sampai Mei dan Jun yang akan datang. Jadi rakyat tidak perlu panik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri di sini, hari ini. Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pelaksanaan program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rakyat dapat memperoleh bekalan makanan pada harga yang berpatutan.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga akan menambah bekalan sayur-sayuran dan ikan di pasaran, antaranya melalui inisiatif Komuniti MADANI.

“Kalau perlu kita sambung lagi supaya dapat menambahkan bekalan makanan terutama sekali ke dalam masyarakat dan an soal kenaikan harga minyak, diesel dan sebagainya. Insya-Allah Kementerian Kewangan akan memberi nasihat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kebanyakan import makanan Malaysia tidak melalui laluan strategik Selat Hormuz, sebaliknya diperoleh dari negara seperti dalam kalangan ASEAN, selain India, Pakistan, Brazil dan Argentina.

“Masalahnya (di Asia Barat) kalau (konflik) berpanjangan, ia akan (beri) impak dari sudut pengangkutan dan sebagainya, barangkali ketika itu akan berlaku perubahan pada aspek harga dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin akan diperkenalkan kerajaan sebagai inisiatif baharu bagi membantu ibu bekerja kekal dalam tenaga buruh, di samping meringankan beban selepas melahirkan anak. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dengan keutamaan diberikan kepada pekerja rentas sempadan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’