Lelaki jual bahagian hidupan liar di Tamu Tenghilan ditahan

TUARAN – Seorang lelaki tempatan berumur 30-an ditahan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas disyaki menjual beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi di sebuah gerai dalam tapak Tamu Tenghilan, Tuaran.

‎Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, tangkapan dibuat dalam satu operasi pemeriksaan penguatkuasaan di Tamu berkenaan.

‎”Tangkapan telah yang dijalankan oleh pasukan Rapid Response Team (RRT) Jabatan Hidupan Liar Sabah sekitar jam 8.05 pagi hasil maklumat Unit Risikan Jabatan Hidupan Liar Sabah berkaitan aktiviti penjualan bahagian hidupan liar di kawasan berkenaan.

‎”Rampasan hasil daripada operasi tersebut adalahbeberapa bahagian haiwan yang disyaki, hidupan liar dilindungi, dipamer untuk dijual secara haram.

‎”Antara barangan yang dirampas adalah dua batang kuku beruang madu, satu bahagian tangan beruang madu, satu batang gigi beruang madu, satu keping sisik tenggiling, satu batang tanduk kijang, dan enam belas batang duri landak,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis.

‎Menurut Mohd Soffian, suspek telah ditahan bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (EPHL 1997).

‎”Di bawah EPHL 1997, sebarang aktiviti perdagangan hidupan liar yang dilindungi hendaklah mendapatkan lesen atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

‎”Walau bagaimanapun, tiada sebarang permit dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi perdagangan, pemilikan atau penyimpanan spesies beruang madu dan tenggiling kerana kedua-dua spesies ini berada di bawah kategori Dilindungi Sepenuhnya,” kongsinya.

‎Tambahnya, mana-mana individu yang didapati memiliki, menyimpan, menjual atau memperdagangkan spesies tersebut atau mana-mana bahagiannya tanpa kebenaran adalah melakukan kesalahan di bawah EPHL1997.

‎”Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun,” tegasnya.




Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan