Lelaki didenda RM1,500 jual rokok kepada budak bawah umur

KOTA TINGGI – Seorang lelaki didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas pertuduhan menjual bahan merokok kepada individu bawah umur.

Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu ke atas Chiew Chee Keong , 40-an, yang juga Orang Kena Saman, selepas dia mengaku bersalah bagi pertuduhan dihadapinya, lapor Berita Harian.

Mahkamah turut memerintahkan Chee Keong menjalani hukuman penjara satu bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Chee Keong didakwa melanggar Seksyen 13(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kerana menjual bahan merokok kepada orang belum dewasa.

Tindakan itu adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 13(2)(a)(i) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Mohd Irwan Othman.

Related Posts

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

SHAH ALAM – Program Jelapang Padi Darul Ehsan (JPDE) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila merekodkan purata hasil tuaian sebanyak 7.5 tan metrik sehektar (MT/ha) bagi Musim 2/2025, iaitu kira-kira 70 peratus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan