Heret Dr. Akmal ke mahkamah: Teresa ibarat ‘bangunkan harimau yang sedang tidur’

PADANG BESAR – Pemuda UMNO Padang Besar mendesak agar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberhentikan tindakannya mengheret Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh ke mahkamah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, Abdul Razak Abdul Rahim berkata,
Teeresa harus sedar bahawa tindakannya ibarat ‘membangunkan harimau yang sedang tidur’, maka dia harus tahu bahawa tindakannya akan mengundang kepada pelbagai akibat.

“Beliau cuma menerangkan mengenai kepentingan sijil halal kepada umat Islam dan tidak sama sekali membebankan para peniaga kerana untuk mendapatkan sijil halal adalah amat mudah dan tidak membebankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Beliau (Muhamad Akmal) hanya berkongsi cerita urusan untuk mendapatkan sijil halal hanya mengambil masa yang singkat dan caj berpatutan.

Menurut Abdul Razak, persijilan halal juga mempunyai kualiti yang terbaik di peringkat antarabangsa kerana mematuhi syarak dan tahap kebersihan yang terjamin.

Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa tindakan Teresa mengheret Ketua Pemuda UMNO ke mahkamah adalah satu tindakan yang tidak tepat.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut mengingatkan ahli politik DAP itu jangan mencampuri dalam urusan hal ehwal agama Islam, jika tidak, ia boleh dianggap menyentuh sensitiviti 3R.

Abdul Razak turut menyatakan pihaknya membantah mengenai kenyataan Teresa Kok pada 6 September 2024 lalu yang menyatakan sijil halal dalam kalangan peniaga adalah sesuatu yang membebankan.

“Pemuda UMNO Padang Besar membantah sekeras-kerasnya dan menganggap kenyataan itu satu provokasi dan mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Pensijilan halal bukan saja untuk menyatakan halal atau haram sesuatu makanan tapi sijil halal juga ialah untuk membuktikan kebersihan penghasilan makanan tersebut atau kebersihan sesebuah premis.

“Sebagai seorang ahli politik yang veteran, Teresa tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berikut dan lebih cakna dengan sensitiviti agama Islam,” ujarnya.

Katanya lagi, agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia maka majoriti pengguna adalah dari kalangan orang Islam.

“Persijilan halal ini juga amat penting kerana dengan sijil halal, pengguna Islam tidak mudah ditipu oleh pengusaha restoran atau kedai makan yang tidak ada sijil halal tetapi bermodalkan menggajikan pekerja Islam terutama pekerja wanita yang bertudung bagi menarik perhatian pelanggan Muslim ke kedai mereka.

“Dengan melihat pekerja wanita yang bertudung maka tanpa ragu pengguna akan masuk dan makan di premis tersebut,” katanya.

Jelas Abdul Razak lagi, sijil halal juga telah diterima oleh semua lapisan masyarakat, jika tidak mana mungkin industri halal di Malaysia diceburi secara aktif oleh usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara