Hajiji berbuka puasa di Masjid Nurusaadah Kg Bolong Lama

TUARAN – Ketua Menteri, Hajiji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama di sini, pada Isnin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah itu turut diisi dengan tazkirah Ramadan sebelum diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.

Para hadirin kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Turut hadir ialah ADUN Pantai Dalit, Jasnih Daya; ADUN Dilantik, Abdul Kassim Razali; Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Diyanah Abdullah; Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki; Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Ahmad Naim Uddang serta Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Malai Ali Malai Ahmad.

Related Posts

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas usaha memartabatkan makanan tradisional Sabah dengan memperkenalkan pendekatan psikologi dan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM) bagi meningkatkan kesedaran serta sikap positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan