AKM, JKOM Sabah kerjasama anjur program perkasa penghayatan Malaysia MADANI

KOTA KINABALU – Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah akan bekerjasama dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah & WP Labuan bagi memperkasa pemahaman dan penghayatan konsep Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat di Sabah melalui beberapa program strategik yang dirancang bersama.

Pengarah AKM Negeri Sabah, Datin Shonitah Terang berkata, kerjasama tersebut dipersetujui selepas sesi perbincangan bersama delegasi JKOM Zon Sabah & WP Labuan yang diketuai oleh Milus Alu @ Abd Wahad bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kolaborasi yang boleh dilaksanakan untuk memperluas penyampaian konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat.

“Dua program utama telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut, melibatkan sasaran peserta yang berbeza bagi memastikan mesej berkaitan nilai kenegaraan dapat disampaikan secara lebih menyeluruh.

“Program pertama adalah berkaitan program kenegaraan Malaysia MADANI yang akan dilaksanakan khusus kepada staf, manakala program kedua lebih memfokuskan kepada kumpulan Key Communicator JKOM,” ujarnya ketika temui oleh wartawan TMP selepas Kunjungan Hormat JKOM Zon Sabah & WP Labuan, di sini pada Isnin.

Menurut Shonitah, bagi memastikan impak yang lebih meluas, program tersebut akan dilaksanakan menerusi lima siri yang dirancang secara berperingkat.

Sementara itu, Milus berkata, kerjasama di antara kedua-dua agensi tersebut dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh penyampaian maklumat berkaitan nilai kenegaraan serta meningkatkan kefahaman rakyat terhadap gagasan Malaysia MADANI, khususnya di Sabah.

Related Posts

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

LUMUT – Selepas hampir lima dekad menggalas amanah mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bakal memulakan legasi baharu apabila dijadikan Memorial Muzium KD Hang Tuah, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX