PGA perkukuh kawalan sempadan sepanjang Ramadan

PADANG BESAR – Kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara di negeri ini terus diperkukuh oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri.

Komander Kompeni C Batalion 2 PGA Padang Besar, Asisten Superintenden Mior Abdul Khalil Azid berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan kawasan sempadan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Mula 16 haribulan ini, Pasukan Gerakan Am Kompeni C Padang Besar akan ditempatkan di seluruh kawasan sempadan dengan kekuatan kira-kira 67 anggota.

“Kita akan mengambil tempat di jalan-jalan keselamatan serta di pagar-pagar keselamatan dan akan bersiap sedia selama 24 jam bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku,” katanya.

Menurutnya, penugasan anggota PGA pada Ramadan kali ini sedikit berbeza berbanding kebiasaan apabila pemantauan dilakukan dengan lebih berfokus di laluan keselamatan serta pagar sempadan.

Katanya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan masyarakat dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri dalam suasana aman dan selesa.

Tambah beliau, Kompeni C Batalion 2 PGA Padang Besar akan terus komited memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan demi kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara.

Terdahulu, beliau dan pasukan keselamatan itu disantuni Universiti Malaysia Perlis menerusi program singgah sahur dengan kerjasama Persatuan Wartawan Perlis.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram