‎JKOM santuni anak yatim, asnaf melalui Program Hasrat MADANI di Kota Belud ‎

KOTA BELUD – Jabatan Komunikasi Komuniti Sabah (JKOM) terus memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan turun padang termasuk menyantuni golongan memerlukan menerusi Program Hasrat MADANI.

‎Pengarah JKOM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad berkata, program tersebut bukan sekadar platform menyampaikan dasar kerajaan malah ia menjadi ruang mendekati masyarakat serta memahami keperluan sebenar rakyat.

‎“Program Hasrat MADANI ini merupakan salah satu inisiatif komunikasi komuniti yang dilaksanakan oleh JKOM bagi mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

‎“Melalui program seperti ini kita bukan sahaja menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan tetapi juga menyantuni golongan yang memerlukan termasuk anak-anak yatim serta golongan asnaf.

‎”Pendekatan tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan, keprihatinan serta usaha mengangkat martabat rakyat,” katanya semasa berucap pada Program Hasrat MADANI di Rumah Anak Yatim Nur Taqwa, di sini pada Sabtu.

Menurut Milus, JKOM turut berperanan sebagai saluran dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan mengumpul maklum balas masyarakat mengenai isu serta keperluan di peringkat akar umbi.

‎“Selain menyampaikan dasar kerajaan, kita juga mendengar sendiri pandangan rakyat termasuk isu berkaitan kemudahan asas, sosial dan kebajikan masyarakat.

‎“Maklumat ini akan disalurkan kepada pihak berkaitan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

‎”Program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat serta memastikan bantuan dan dasar kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan,” jelasnya.

‎Seramai 40 anak yatim dan asnaf serta tenaga pengajar turut diraikan dalam majlis tersebut.

Related Posts

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

BATU PAHAT – Seorang nelayan di sini mendakwa isu kutip wang perlindungan bulanan bukan lagi rahsia di kalangan nelayan, perbuatan ‘salam kaut’ segelintir agensi penguat kuasa di laut tidak ubah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian