Sarawak teratas Indeks Perpaduan Nasional mengikut wilayah

Oleh: NANA MOHAMAD & EVELINE B

SIBU – Sarawak merekodkan pencapaian tertinggi bagi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 dalam kategori pecahan wilayah sekali gus menggambarkan tahap keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang kukuh di negeri ini.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata, dapatan tersebut diperoleh menerusi kajian IPNas yang dijalankan kementeriannya bagi menilai tahap kesepaduan sosial rakyat di seluruh negara.

“Berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan, Sarawak mencatatkan skor tertinggi berbanding tiga wilayah lain di Malaysia dari segi indeks perpaduan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang di Sibu pada Sabtu.

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan budaya kehidupan masyarakat di Sarawak yang sentiasa mengutamakan sikap saling menghormati dan hidup dalam suasana harmoni walaupun berbilang kaum dan agama.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kedudukan tersebut berbeza sekiranya penilaian dibuat mengikut kategori negeri.

Katanya, Pahang mencatatkan skor tertinggi dalam kategori negeri manakala Sarawak berada di kedudukan ketiga.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos