Malaysia zahir simpati kepada Qatar, Bahrain susulan ketegangan serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan simpati serta sokongan kepada Qatar dan Bahrain yang berdepan ancaman terhadap kedaulatan, infrastruktur serta keselamatan negara susulan tindakan balas Iran terhadap serangan rejim Israel bersama Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dizahirkan dalam perbualan menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, diikuti Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al-Khalifa, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbualan itu turut menyentuh perkembangan semasa di kedua-dua negara serta situasi di rantau Timur Tengah susulan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran.

“Saya turut menghargai usaha Kerajaan Qatar dan Bahrain dalam menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di kedua-dua negara terbabit.

“Kami sependapat agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan serantau,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau turut berharap agar bulan Ramadan yang mulia dapat memperkukuh perpaduan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau berkenaan dan seluruh dunia.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK