Bayaran balik cukai mula dikreditkan minggu kedua Mac – LHDN

BAYARAN balik cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, bayaran balik itu membabitkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025.

Menurut LHDN, proses itu dilaksanakan selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing yang bermula pada 1 Mac lalu bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan penyata pendapatan masing-masing secara dalam talian.

“Selaras Piagam Pelanggan LHDN, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh hingga 30 hari bekerja, manakala bagi BNCP yang dihantar secara manual pula, tempoh pemprosesan ialah hingga 90 hari bekerja.

“Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai akan diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai supaya memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepada pihaknya adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.


“LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu