PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.

Beliau berkata, FELDA tidak boleh dilihat sebagai kawasan berasingan seperti sebelum ini, sebaliknya mesti disertakan secara menyeluruh dalam semua projek pembangunan termasuk aspek sosial dan pendidikan.

“Jangan tinggalkan FELDA sebagai sebuah kawasan asing, ya dulu begitu makanya FELDA ada upaya untuk bangun sendiri.

“Saya kata tidak boleh begitu, setiap kemudahan kerajaan sama ada dari sudut pendidikan, sosial atau apa pun, jadikan FELDA sebagai satu kawasan dan sebahagian daripada projek pembangunan negara.

“Sebab itu, dalam tempoh setahun ratusan juta ringgit saya turunkan ke kawasan FELDA pagi penambahbaikan dan saya minta pengurusan FELDA dan ahli lembaganya untuk beri pandangan apa lagi yang harus kita usahakan,” katanya pada Sesi Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kumpulan FELDA, di sini, hari ini.

Anwar turut memuji usaha FELDA yang memasukkan agenda transformasi digital dalam operasi organisasi bagi meningkatkan kecekapan serta daya saing sektor perladangan. Beliau menegaskan langkah itu penting bagi memastikan FELDA kekal relevan dalam landskap ekonomi moden.

Beliau berkata, pembaharuan yang digerakkan bersama pengurusan FELDA serta pasukan khas kerajaan menunjukkan tanda pemulihan positif selepas menghadapi tempoh mencabar sebelum ini.

“Apabila semua pihak bersedia bekerja sebagai satu pasukan, kita dapat menyaksikan perubahan dan prestasi yang lebih baik. Saya melihat kesungguhan luar biasa dalam kalangan pimpinan, pengurusan serta pekerja dalam keluarga FELDA untuk mengangkat martabat institusi ini dan menjamin kejayaannya pada masa hadapan.

“Jika kita mempunyai iltizam dan fokus yang jelas, kita boleh melakar sejarah baharu. Kita tidak mahu lagi FELDA terus melihat ke belakang, walaupun legasi lalu tidak dapat dipadam,” katanya.

Perdana Menteri menambah laporan terkini menunjukkan kerjasama erat antara kepimpinan FELDA, pengurusan dan kementerian berjaya meningkatkan prestasi operasi dan produktiviti.

Beliau juga menegaskan pentingnya FELDA bukan sekadar entiti ekonomi tetapi turut memikul tanggungjawab sosial, termasuk menyediakan kemudahan pendidikan, sosial dan kebajikan kepada komuniti peneroka di seluruh negara.

“Meskipun FELDA pernah melalui fasa pasang surut yang memberi kesan besar kepada prestasinya, usaha pembaharuan kini menunjukkan warga FELDA mampu memperlihatkan keupayaan dan kebolehan yang amat membanggakan,” katanya.

Anwar turut menekankan konsep “creative destruction” dalam ekonomi sebagai pengajaran dalam membangunkan semula FELDA. Menurutnya, pengalaman lalu perlu dijadikan panduan untuk membina pengurusan lebih telus serta mematuhi prinsip amanah dan akauntabiliti.

“Daripada pengalaman itu kita bangunkan semula dengan idea baharu, pengurusan lebih telus serta prinsip amanah dan akauntabiliti yang kukuh,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri