Insiden kereta api Tenom disiasat, laporan dibentang pada 11 Mac depan

KOTA KINABALU – Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengaktifkan Siasatan Dalaman melalui Board Of Enquiry (Badan Penyiasatan Dalam) selaras dengan prosedur penyiasatan yang sedang berkuat kuasa.

Ia susulan insiden kemalangan melibatkan perkhidmatan keretapi dan motor troli yang telah berlaku di KM134/4, landasan keretapi Tenom ke Pangi, pada 3 Mac lalu.

Dalam satu kenyataan, JKNS memaklumkan, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Tenom berhubung insiden tersebut untuk makluman dan tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Sebarang tindakan susulan pihak JKNS adalah berdasarkan hasil laporan Board Of Enquiry, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Enakmen Keretapi 2017.

“Insiden tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. Pihak JKNS berasa kesal atas insiden yang berlaku.

“Pada masa ini, siasatan dalaman oleh pihak JKNS dan siasatan pihak polis sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan itu, pada Khamis.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah berkata, pihaknya akan membentangkan laporan siasatan tersebut dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada 11 Mac 2026, minggu hadapan.

“Laporan siasatan awal telah diberikan kepada saya dan laporan ini juga telah dipanjangkan kepada pejabat YAB Ketua Menteri Sabah hari ini,” ujarnya.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas