15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut dan Paitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Sugut, Datuk James Ratib berkata, penghantaran logistik berskala besar itu bertujuan memastikan bekalan mencukupi untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa kampung di kawasan berkenaan.

“Bekalan tersebut telah selamat tiba di pusat agihan KDCA Paitan dan kini sedang diselaras untuk diagihkan secara berperingkat ke kampung-kampung terjejas serta Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di kawasan terlibat.

“Penghantaran logistik ini memperkukuh peranan KDCA Paitan sebagai hab utama pengagihan bantuan, sekali gus memastikan bekalan makanan dan keperluan asas dapat disalurkan secara tersusun serta efisien kepada rakyat yang terkesan akibat banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan media, di sini pada Khamis.

James yang juga Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, usaha itu turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan sukarelawan yang berganding bahu memastikan bantuan sampai kepada mangsa dengan segera.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak serta penyumbang yang terus memberikan komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan operasi bantuan tersebut.

“Pejabat ADUN Sugut akan terus memantau perkembangan semasa di lapangan bagi memastikan segala bentuk bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera kepada mangsa yang terjejas.

“Keutamaan kita adalah memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat di kawasan Sugut dan Paitan terus terpelihara sepanjang tempoh bencana ini,” jelasnya.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan