Dua pegawai Imigresen ditahan gara-gara minta dan terima rasuah

ALOR SETAR – Dua pegawai penguat kuasa dipercayai daripada Jabatan Imigresen Malaysia ditahan enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM39,000 sebagai balasan untuk mendapatkan kelulusan permit kerja warga asing di negeri ini.

Perintah reman sehingga 9 Mac 2026 terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Turut ditahan bersama mereka ialah seorang lelaki yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam urusan berkenaan, namun individu tersebut telah dilepaskan dengan jaminan SPRM .

Siasatan awal mendapati kedua-dua pegawai berkenaan disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara Januari hingga Februari 2026 dengan meminta wang rasuah daripada ejen sebuah syarikat melalui orang tengah sebagai balasan untuk meluluskan permit kerja warga asing.

Kedua-duanya dipercayai telah menerima wang rasuah permulaan kira-kira RM4,000 melalui transaksi pindahan ke akaun bank masing-masing, manakala baki sebanyak RM35,000 masih dalam proses berkaitan permohonan permit warga asing terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang turut terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi