Pindaan peranan AGC diharap dapat sokongan Ahli Parlimen

JOHOR BAHRU – Terdapat keperluan buat Kerajaan meneliti dengan lebih cermat dan terperinci terhdap langkah pindaan Perlembagaan berkenaan pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya (PP).

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Jalex Lee En Xiang berkata, pindaan yang bakal dibentangkan itu diharap mendapat sokongan semua pihak termasuk blok pembangkang dan tidak terjadinya seperti cadangan had 10 tahun tempoh Perdana Menteri apabila gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen baru-baru ini.

Beliau melahirkan rasa kecewa apabila reformasi bersifat progresif bertujuan membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik, gagal diluluskan dalam sidang Parlimen kerana tiada jumlah undian yang mencukupi.

“Cadangan had 10 tahun tersebut gagal mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan. Walaupun 146 ahli Parlimen mengundi menyokong dengan kehadiran penuh dan sokongan sebulat suara daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), seramai 44 berkecuali dan 32 tidak hadir, menjadikan usul tersebut kekurangan hanya dua undi untuk diluluskan.

“Sungguh menyedihkan apabila melihat satu reformasi yang begitu hampir untuk berjaya, akhirnya tersungkur di saat-saat akhir,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagi mencapai majoriti dua pertiga memerlukan bukan sahaja angka yang cukup tetapi keberanian, keyakinan dan kesediaan merentasi perbezaan politikndemi meletakkan kepentingan negara mengatasi percaturan politik.

“Reformasi ini mungkin tidak sempurna, tetapi ia tetap membawa makna. Kemajuan, walaupun sedikit demi sedikit, sentiasa lebih baik daripada terus berada di takuk lama.

“Saya akui reformasi tidak pernah mudah namun kali ini apabila pindaan pemisahan peranan AGC dan PP, amat diharapkan semua ahli Parlimen dapat mengetepikan perbezaan parti dan menunjukkan kematangan demi kepentingan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon semua pihak dapat sekali lagi menyaksikan perpaduan dwipartisan seperti ditunjukkan pada 2019 apabila Undi-18 diluluskan sebulat suara apabila semua ahli Parlimen menyedari tanggungjawab besar mereka terhadap rakyat.

En Xiang yang juga Ketua AMK Cabang Tebrau berpendapat, detik tersebut membuktikan bahawa apabila kepentingan negara diutamakan, perbezaan politik dapat diketepikan.

“Namun inilah realiti reformasi. Ia tidak semudah yang disangka. Keazaman politik itu penting, tetapi kadangkala ia sahaja tidak mencukupi.

“Saya berharap agar dalam usaha reformasi pada masa akan datang, pihak pembangkang akan memilih untuk bersama-sama memperkukuh institusi dan memajukan demokrasi negara,” katanya.

Tambah beliau, negara memerlukan sokongan yang jelas dan meyakinkan bagi memastikan perubahan bermakna dapat direalisasikan.

“Sekiranya trend itu berterusan, beliau bimbang akan dikenang bukan sebagai kemenangan kepada pihak pembangkang, tetapi sebagai satu kerugian kepada rakyat dan Malaysia,” katanya.

  • Related Posts

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

    • By Ezmie
    • September 22, 2026
    China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari