89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 114 97 115 109 105 107 97 110 32 78 97 116 105 111 110 97 108 32 83 99 97 109 32 82 101 115 112 111 110 100 101 32 67 101 110 116 114 101 32 40 78 83 82 67 41 32 100 105 32 67 121 98 101 114 106 97 121 97 44 32 83 101 108 97 110 103 111 114 46 32 51 32 77 97 99 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 32 82 73 90 65 76 47 80 101 106 97 98 97 116 32 8
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan supaya pendekatan pendidikan dan peningkatan kesedaran awam dijadikan teras utama dalam usaha memerangi jenayah penipuan dalam talian yang kian membimbangkan.
Beliau turut menegaskan keperluan memperkukuh aspek penguatkuasaan, termasuk memantapkan penyelarasan operasi melalui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan tindakan lebih pantas dan berkesan dapat dilaksanakan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata mesej berkenaan disampaikan Perdana Menteri ketika melawat pusat operasi NSRC yang beroperasi di Aras 17, Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini, hari ini.
Menurutnya, Perdana Menteri mahu program kesedaran awam diperhebat dan diperluas agar masyarakat lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan taktik sindiket yang menjanjikan pulangan lumayan.
“Perdana Menteri menekankan tentang peri pentingnya program meningkatkan kesedaran agar kita jangan sampai terlibat (jadi mangsa penipuan) (yang) kadang-kadang didorong oleh sikap tamak ataupun tawaran-tawaran yang dianggap sebagai sangat lumayan hasilnya kalau ikut serta,” katanya lapor BH.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran pusat operasi NSRC yang disempurnakan Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


