Ilmu, zikir dan doa pasak pembentukan sahsiah Ramadan

KUANTAN – Bulan Ramadan terus menjadi medan menyuburkan nilai ihsan apabila seramai 100 orang pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) diraikan dalam satu majlis iftar di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, petang semalam.

Selain jamuan berbuka puasa, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 50 mahasiswa dan mahasiswi kategori asnaf oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah di bulan mulia ini.

Intelektual Berteraskan Wahyu

Ahmad Irshadi dalam majlis tersebut turut berkesempatan menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk ‘Peranan Siswa/Siswazah dalam Membina Sahsiah di Bulan Ramadan’.

Antara Intipati perkongsian tazkirah adalah kepentingan menggabungkan elemen intelek dan spiritual berdasarkan Surah Ali Imran, ayat 191.

“Sebagai mahasiswa, tiga elemen utama iaitu zikir, fikir dan doa tidak boleh dipisahkan. Ia adalah kompas dalam membentuk jati diri Muslim yang sejati,” kata Ahmad Irshadi.

Keseimbangan Ilmu dan Amal

Beberapa pesanan penting turut ditekankan bagi menjamin mahasiswa tidak tergelincir dalam menuntut ilmu antaranya:-

Ilmu Tanpa Zikir: Berisiko menyebabkan penyalahgunaan ilmu untuk kepentingan diri atau tujuan yang salah.

Zikir Tanpa Ilmu: Boleh menyebabkan seseorang itu sesat atau tersasar di pertengahan jalan kerana ketiadaan panduan yang sahih.

Keperluan Doa: Sebagai manifestasi pengakuan bahawa manusia itu lemah dan sentiasa mengharapkan rahmat serta keredhaan Allah dalam setiap urusan.

Majlis yang penuh keberkatan itu turut dihadiri Naib Canselor UniPSAS, Prof Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Adalah menjadi harapan agar majlis berkenaan dapat menyuntik semangat buat warga kampus UniPSAS untuk terus cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik, malah tinggi sahsiah dan budi pekerti.

Related Posts

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah