100,000 rakyat dijangka hadiri kemuncak Jubli Perak Raja Perlis di Kuala Perlis

KANGAR – Seramai 100,000 rakyat termasuk dari selatan Thailand dijangka menghadiri kemuncak sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis yang dijadual berlangsung di Dataran Lok 9, Kuala Perlis pada April depan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Raja Perlis bermula pada 16 April 2025 dengan pelbagai pengisian program, manakala acara kemuncak diadakan pada April depan.

Menurutnya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama beberapa Menteri Persekutuan dijangka hadir bagi meraikan genap 25 tahun pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di atas takhta.

“Kita dalam perancangan akhir mengadakan sambutan penutup Jubli Perak Tuanku Raja Perlis di mana acara kemuncak akan diadakan kenduri rakyat dan sambutan Aidilfitri peringkat negeri pada April depan.

“Persiapan tapak di Dataran Lok 9, Kuala Perlis sedang rancak dilakukan termasuk kerja-kerja menurap keseluruhan kawasan bagi memastikan kelancaran sambutan,” katanya ketika ditemui pada Program Imarah Ramadan Bersama Warga Perlis di sini, malam tadi.

Abu Bakar berkata, selain hidangan makanan dan juadah Aidilfitri, pengunjung termasuk dari luar Perlis berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan daripada artis tempatan pada acara julung kali diadakan itu.

Beliau berkata, jemputan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat kepada kerajaan negeri berhampiran, selain orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan berkenaan.

“Sambutan penutup Jubli Perak akan diperhebatkan dengan jemputan kepada rakan kita di selatan Thailand, selain tetamu dari Kedah, Kelantan dan Terengganu turut dijemput.

“Kita jangkakan 100,000 rakyat dari dalam dan luar Perlis akan hadir pada program ini dan sebanyak 100 kawah masakan daging kurma disediakan untuk dinikmati semua yang hadir,” katanya.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran