Had tempoh jawatan PM lindungi institusi diraja, elak terheret kemelut percaturan politik

KUALA LUMPUR – Penetapan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun disifatkan memiliki kemampuan melindungi institusi diraja selain dapat mengelakkan istana daripada terus diheret ke dalam kemelut percaturan ahli politik yang mahu berpaut pada kuasa tanpa kesudahan.

Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, cadangan pindaan itu hanyalah meletakkan satu ‘syarat kelayakan’ perlembagaan yang baharu bagi pemegang jawatan Perdana Menteri, sama seperti konsep yang mensyaratkan seorang Perdana Menteri mesti seorang warganegara Malaysia dan ahli Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PH Sekijang memaklumkan, selagi seseorang itu memenuhi syarat kelayakan perlembagaan yang ditetapkan dan pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti, kuasa pelantikan itu kekal 100 peratus di tangan baginda.

“Justeru, naratif dangkal yang cuba dibawa pihak pembangkang, kononnya pindaan ini akan menghakis atau bercanggah dengan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong adalah sama sekali meleset.

“Pindaan ini tidak sedikit pun menyentuh, apatah lagi mencabar kuasa mutlak baginda,” katanya ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa, RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menyentuh serta mengehadkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mengikut Perkara 40, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam beberapa perkara tertentu, termasuk pelantikan Perdana Menteri tanpa perlu terikat kepada nasihat mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha menegaskan, apabila perlembagaan menetapkan garis penamat yang jelas, peralihan kuasa akan berlaku secara tertib, teratur dan tidak lagi membebankan Yang di-Pertuan Agong untuk merungkai krisis politik yang sengaja dicipta individu tertentu demi kelangsungan kuasa peribadi, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Melihat kepada inti pati RUU ini, ia tidak seharusnya dilihat melalui lensa politik kepartian yang sempit. Pengehadan tempoh jawatan ini digubal demi menjamin kelangsungan dan kestabilan sistem pentadbiran negara dalam jangka masa panjang.

“Parti mana pun yang berjaya membentuk kerajaan kelak, peruntukan ini akan menjadi benteng bagi memastikan tiada lagi pemimpin yang boleh berakar umbi terlalu lama sehingga melahirkan amalan diktator,” katanya.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan