‎Maritim Sandakan gagalkan cubaan seludup 1,870 peket minyak masak

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 1,870 peket minyak masak bersubsidi menerusi penahanan dua bot dalam satu operasi di perairan Kampung (Kg) Bokara Lama di sini, awal pagi Sabtu.

‎Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika bot peronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

‎”Anggota penguat kuasa mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri untuk tujuan pemeriksaan.

‎“Namun, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, beberapa individu di lokasi bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran dan meninggalkan kedua-dua bot tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Menurut Suhairy, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 1,870 peket minyak masak dipercayai cuba diseludup keluar tanpa kebenaran.

‎”Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan menyeludup barang kawalan tanpa permit sah.

‎”Kedua-dua bot bersama barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

‎”Jumlah keseluruhan rampasan termasuk dua bot, enjin dan minyak masak dianggarkan bernilai lebih RM50,000,” ujarnya.

‎Sementara itu, Suhairy berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

‎Sehubungan itu, orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 untuk tindakan segera.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16