Gerhana bulan penuh 3 Mac, Mufti Sabah seru umat Islam solat sunat Khusuf

KOTA KINABALU – Pejabat Mufti Negeri Sabah menggalakkan umat Islam di seluruh negeri ini menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan yang dijangka berlaku pada 3 Mac ini bersamaan 13 Ramadan 1447H.

Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, fenomena itu bermula pukul 5.50 petang sehingga 10.23 malam mengikut waktu tempatan Sabah.

“Justeru umat Islam disunatkan menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) antara 6.30 malam (selepas Maghrib) hingga 9.17 malam.

“Masjid dan surau di negeri ini juga digalakkan melaksanakan Solat Sunat Gerhana tersebut mengikut kesesuaian dan pengurusan masing-masing, ” menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

Pelaksanaan Solat Gerhana itu boleh dibuat selepas solat Maghrib dan Solat Isyak.

Bagi selepas solat Maghrib, diteruskan dengan solat ba’diah Maghrib; solat sunat gerhana bulan (tanpa khutbah atau khutbah pendek); solat Isyak; solat ba’diah Isyak dan solat sunat terawih.

Manakala selepas solat Isyak, diteruskan solat sunat gerhana bulan (tanpa khutbah atau khutbah pendek); solat Isyak; solat ba’diah Isyak serta solat sunat terawih.

Related Posts

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang berlaku berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak. Insiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok