Ekonomi empat negeri Pas bakal ranap bawah SG4?

PUTRAJAYA – Kos operasi di empat negeri di bawah pentadbiran Pas, khususnya Kelantan yang merekodkan belanjawan defisit akan meningkat dua kali ganda jika bergantung kepada syarikat SG4 Group Sdn Bhd.

Koordinator Pertubuhan Pemikir Azam Kelantan (Azam Kelantan), Adib Faisal Yaacob berpendapat penubuhan syarikat SG4 memberi gambaran jelas bahawa kerajaan negeri di empat negeri terbabit tidak meletakkan kepercayaan kepada kepada agensi sedia ada.

Menurutnya, ia juga akan membawa risiko pertindihan bidang kuasa di setiap negeri yang terlibat, selain kos operasi terhadap sesuatu projek yang berlipat ganda dalam keadaan yang tidak perlu.

“Lima kluster yang disepakati dalam Resolusi Persidangan SG4 pada hakikatnya boleh diurus oleh syarikat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri masing-masing secara usaha sama jika melibatkan kerjasama silang negeri.

“Kerjasama empat negeri sebenarnya boleh dilakukan dengan melibatkan memorandum persefahaman (MOU) untuk memperkasa agensi sedia ada di kesemua negeri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Adib berkata, pembinaan jaringan kerjasama antara Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganj dalam kluster yang ditetapkan merupakan perkembangan menarik, namun ia merisikokan pertindihan dengan agensi yang sudah ada di setiap negeri berkenaan.

Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan negeri khususnya Kelantan atau pimpinan yang terlibat dengan resolusi SG4 dapat memberikan penjelasan agar penubuhan syarikat terbabit tidak memberi bebanan kepada masyarakat setempat.

“Penubuhan syarikat SG4 untuk menguruskan lima kluster tersebut juga memberi gambaran jelas kerajaan negeri seperti tidak meletakkan kepercayaan kepada agensi sedia ada untuk memakmurkan negeri, mahupun untuk membuat kerjasama silang negeri.

“Dengan beberapa negeri seperti Kelantan yang merekodkan belanjawan defisit, iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan, penubuhan syarikat baru juga akan menyebabkan kos operasi meningkat. Kami tidak mahu usaha SG4 ini menjadi umpama ‘tiada beban, batu digalas’,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4) Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, empat kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menubuhkan sebuah syarikat bagi membolehkan hasil yang diperoleh negeri berkenaan diagihkan secara saksama.

Syarikat berkenaan yang dinamakan SG4 Group Sdn Bhd, akan memberi fokus kepada lima kluster ekonomi, dengan setiap negeri mempunyai pegangan ekuiti 25 peratus.

Related Posts

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan berdepan ketidaktentuan global – Penganalisis

EKONOMI Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam berdepan ketidaktentuan global, disokong permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport sektor strategik, kata Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MATRADE naikkan sasaran MIHAS 2026 kepada RM5 bilion

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menaikkan sasaran nilai jualan keseluruhan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 kepada RM5 bilion berbanding RM4.5 bilion sebelum ini. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai, Limbang dalam momentum, bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai, Limbang dalam momentum, bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit