Warga emas dilaporkan hilang di Sungai Limbang

LIMBANG – lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar membaiki perahunya di Kuala Sungai Limbang, Kampung Long Napir pada Rabu.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, PBK I Mazrom Ampahon berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada DCC IPD Limbang pada jam 12.25 tengah malam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diaktifkan pada jam 7 pagi Khamis dengan jarak perjalanan ke lokasi mengambil masa kira-kira lima jam melalui jalan darat jenis gravel.

“Maklumat kejadian telah dimaklumkan kepada Ketua Zon 7 dan Pegawai Operasi Zon (POZ) 7 untuk tindakan lanjut. Operasi akan digerakkan sebaik pasukan tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Hendry Sian Tama Sian, 64, dikatakan keluar ke sungai sekitar jam 9 pagi untuk membaiki perahunya yang mengalami kerosakan.

Menurut laporan awal, mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 11.30 pagi oleh penduduk kampung yang sempat berbual dengannya ketika dia sedang membaiki perahu di tepi sungai.

Bagaimanapun, pada jam 4 petang, dua penduduk kampung yang keluar menjala ikan menemui sebuah perahu dalam keadaan terbalik di kawasan tengah sungai berhampiran Kuala Sungai Limbang dan dipercayai milik mangsa.

Penduduk kampung kemudian menjalankan pencarian menggunakan dua perahu ke arah hilir sungai bermula jam 5.30 petang, namun usaha tersebut gagal menemui mangsa sebelum ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR sedang dijalankan.

Related Posts

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi. Wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM