Polis tahan pelajar UMPSA didakwa hina Islam

KUANTAN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) awal pagi tadi kerana disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berkenaan ditahan di sekitar Kuantan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelajar terbabit hari ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghina agama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.

Terdahulu, tular menerusi media sosial kandungan bersifat provokatif termasuk menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, semua pihak wajib menjaga perkara sensitif, terutama hal berkaitan keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan.

“Perkara ini sepatutnya tidak perlu diingatkan memandangkan semua sedia maklum mengenai kepelbagaian agama dan bangsa yang terdapat di Malaysia.

“Peruntukan undang-undang sedia ada dalam hal membabitkan penghinaan agama – terutama agama Islam – perlu dikuatkuasakan.

“Jangan membuka ruang kepada mana-mana pihak mencetuskan suasana tidak harmoni sehingga boleh mengganggu hubungan baik antara kaum di negara ini,” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan