Lebuh raya baharu ubah landskap Serian, 73 pemilik tanah terima pampasan RM6.5 juta

SERIAN – Seramai 73 pemilik tanah menerima pampasan berjumlah keseluruhan RM6.5 juta bagi memberi laluan kepada Projek Serian-Gedong-Samarahan Dual Carriageway Highway (Pakej 1A dan 1B).

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Fasa 2 itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn di Dewan Kampung Munggu Kopi, hari ini.

Roland Sagah berkata, penyerahan tersebut menandakan satu lagi langkah penting kerajaan negeri dalam merealisasikan kelancaran projek infrastruktur berimpak tinggi yang bakal mengubah landskap pembangunan di selatan Sarawak.

Menurut beliau, lebuh raya baharu itu akan dibina membabitkan jalan empat lorong dua hala yang turut dilengkapi dengan laluan Autonomous Rapid Transit (ART) di bahagian tengah.

“Ia sekali gus menjadikannya antara inisiatif pengangkutan moden yang bakal melonjakkan tahap kesalinghubungan antara Serian, Gedong dan Samarahan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai projek berkenaan, secara keseluruhannya jajaran lebuh raya tersebut meliputi jarak 45.65 kilometer (km) dari Serian ke Samarahan.

Bagi pakej yang terlibat dalam fasa ini, ia merangkumi pembinaan Seksyen 1A dengan jarak 9.79km, manakala Seksyen 1B sepanjang 8.54km.

“Pembinaan projek ini dijangka bukan sahaja dapat mempercepatkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan pengguna, malah akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat.

“Ia secara tidak langsung bakal membuka ruang dan peluang pembangunan yang lebih meluas di kawasan sekitar yang terlibat,” jelasnya.

Langkah berterusan ini turut mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara menerusi bayaran pampasan yang adil, di samping pelaksanaan projek mampan yang berorientasikan masa depan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph; Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian, Ir Ts Chiresly Francis Kureng dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian, Abdul Khalil Amit.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Daerah Serian, Peter Minos; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek serta ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan para penerima pampasan.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen