Hospital Sarikei terima peruntukan RM13 juta bagi peralatan perubatan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM13 juta telah diperuntukkan kepada Hospital Sarikei, Sarawak bermula tahun 2022 hingga 2026 bagi tujuan penggantian pelbagai peralatan perubatan utama di hospital berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, peruntukan besar itu melibatkan penggantian mesin bius umum (General Anesthesia), mesin X-Ray mudah alih, mesin laparoskopik untuk pembedahan, mesin Phaco bagi pembedahan katarak serta mesin laser Argon.

Menurutnya, selain kelengkapan perubatan, hospital tersebut turut bakal melalui beberapa fasa kerja-kerja naik taraf penting pada tahun ini.

“Fasa naik taraf ini merangkumi penggantian sistem gas perubatan, pembaikan isu kulat dan kondensasi, serta proses menaik taraf kemudahan hemodialisis bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pesakit,” katanya di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Senator Roderick Wong Siew Lead berhubung rancangan kerajaan menaik taraf serta menambah kemudahan tempat letak kereta di Hospital Sarikei.

Menyentuh mengenai isu parkir, Hanifah Hajar menjelaskan bahawa keperluan semasa tempat letak kereta di hospital terbabit adalah mencukupi sepertimana yang telah disahkan oleh pihak pengurusan hospital.

Walau bagaimanapun, tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited untuk meneliti perkara tersebut secara menyeluruh dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan satu pelan komprehensif dapat diwujudkan sekiranya wujud keperluan penambahbaikan dari segi fasiliti parkir pada masa hadapan.

“Kesemua langkah berterusan ini membuktikan komitmen KKM bagi memastikan fasiliti kesihatan di Sarawak, khususnya di Sarikei, sentiasa berada pada tahap terbaik demi kelangsungan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan berdaya saing kepada rakyat,” tegas beliau.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung