Negara porak-peranda jika kebebasan tidak dikawal – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara boleh menjadi porak-peranda sekiranya kebebasan hak tidak dikawal dengan undang-undang sedia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu memahami bahawa tidak ada batas, sekatan atau undang-undang yang mengekang hak mereka sebagai rakyat.

Pun begitu beliau berkata, mana-mana kerajaan tentunya mewajarkan mereka mempertimbangkan soal keamanan dalam isu tersebut.

“Kadangkala tidak semua orang faham bahawa kebebasan itu juga, sekali gus dengan tanggungjawab dan kalau tidak dikawal dengan undang-undang sedia ada, maka negara akan jadi porak-peranda.

“Malah ada insiatif dan ikhtiar yang baik, umpamanya di bawah sebelum ini tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau Statut Rom.

“Walau bunyinya indah, tetapi tidak diberi kecelikan dan kefahaman, maka akan menimbulkan reaksi yang akan merosakkan,” katanya ketika berucap di
Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 di KL Sentral pada Isnin.

Sementara itu, Anwar menyifatkan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus sebagai tokoh sesuai untuk menerajui Suhakam.

“Keyakinan kita kepada keupayaan Datuk Hishamudin akan dapat menakhodai satu badan seperti Suhakam dan membawa Suhakam dengan pengenalan beberapa ikhtiar baru yang boleh memperkemaskan lagi,” katanya.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam