116 Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara tahun ini

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan inisiatif membantu rakyat mendapatkan pilihan juadah pada harga serendah RM5 menerusi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara.

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pada tahun ini sebanyak 116 BRR dianjurkan di seluruh negara dengan penglibatan 3,000 peniaga sejak dianjurkan empat tahun lalu.

“Pada peringkat awal hanya 41 lokasi BRR dan kemudian meningkat setiap tahun. Di Johor terdapat sembilan BRR di seluruh negeri pada tahun ini hasil kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Peniaga yang menyertai BRR mahu berkongsi rezeki dan percaya walaupun untungnya sedikit tetapi mereka mendapatkan keberkatan yang lebih,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan BRR peringkat kebangsaan di Perling, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu Fuziah turut menjelaskan, program Ihsan Foodbank Ramadan dilaksanakan secara kerjasama strategik bagi mengumpul lebihan makanan yang tidak terjual sebelum waktu berbuka puasa untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

Jelasnya, makanan dan minuman disumbangkan akan dikumpulkan di kanopi khas, ditimbang serta dilabel bagi tujuan pemantauan.

“Langkah ini bukan sahaja menyelamatkan makanan, malah membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

“Tahun lalu, lebih 69,000 kilogram (kg) makanan berjaya diselamatkan dengan nilai melebihi RM833,000, selain mengelakkan pelepasan kira-kira 129 kg gas rumah hijau ke alam sekitar,” katanya.

Fuziah menjelaskan inisiatif BRR dan Ihsan Foodbank Ramadan ini akan terus diperkukuh dengan pelbagai insentif dan kerjasama strategik agar manfaatnya dapat dirasai lebih meluas oleh rakyat.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan