Anwar ziarah 2 keluarga mangsa kebakaran di Banting

NASIB dua keluarga yang dirundung malang hilang tempat berteduh akibat kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook memaklumkan, beliau telah meluangkan masa menziarahi dua keluarga itu untuk menyampaikan sumbangan sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Banting.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila sebuah keluarga terlibat turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut.

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung dan saya mendoakan agar dua keluarga itu dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian amat berat ini,” katanya.

Pada kejadian awal pagi 6 Februari lalu, kanak-kanak lelaki 3 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di kampung itu.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta