Azam Baki saman Bloomberg berhubung artikel dakwaan pegangan saham

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memfailkan saman fitnah terhadap agensi berita antarabangsa, Bloomberg, susulan penerbitan artikel yang didakwa mengandungi kenyataan tidak tepat dan mencemarkan reputasinya.

Tindakan undang-undang itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini pada Jumaat menerusi firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad.

Dalam writ saman berkenaan, Bloomberg LP serta Bloomberg (Malaysia) Sdn Bhd dinamakan sebagai defendan.

Menerusi satu kenyataan, firma guaman berkenaan memaklumkan saman sivil itu difailkan bagi menuntut pembelaan terhadap dakwaan yang disifatkan berunsur fitnah.

“Menerusi saman ini, anak guam kami menuntut ganti rugi yang sewajarnya serta perintah injuksi kekal.

“Anak guam kami menegaskan bahawa segala dakwaan itu adalah tidak berasas dan telah memulakan proses perundangan ini bagi mempertahankan reputasinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Firma berkenaan turut memohon semua pihak menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan berikutan kes itu sudah difailkan secara rasmi di mahkamah.

Sebelum ini, Azam dilaporkan mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg berhubung laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan tidak benar berkaitan pemilikan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Malah, pihak peguamnya dilaporkan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta atas alasan penerbitan artikel itu menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional beliau.

Semakan mendapati LOD berkenaan dihantar ke pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat dan Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan, firma guaman itu mendakwa artikel terbabit sebagai ‘berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan sangat mengelirukan’, selain didakwa mencemar nama baik Azam serta integriti jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Firma berkenaan mengesahkan telah menerima arahan untuk memulakan tindakan undang-undang dan mengambil segala langkah perundangan yang difikirkan wajar, termasuk menuntut ganti rugi serta relif lain yang bersesuaian.

Berdasarkan LOD bertarikh 12 Februari 2026 yang dilihat oleh New Straits Times, artikel bertajuk ‘Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry’ itu diterbitkan pada 10 Februari lalu.

Menurut surat berkenaan, laporan itu mendakwa Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyifatkannya sebagai pendedahan awam pertama berhubung pegangan besar atas namanya sejak kontroversi terdahulu.

Bagaimanapun, Azam menegaskan pemilikan saham berkenaan dibuat secara telus dan mematuhi prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu kerana urus niaga terbabit sudah diisytiharkan mengikut saluran rasmi.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta