Anggota tentera meninggal dunia lepas tak sedarkan diri

KUANTAN – Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, dekat sini, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri Rabu lalu di kem terbabit sebelum dikejarkan ke hospital itu bagi rawatan lanjut.

Beliau berkata, anggota terbabit dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam.

Katanya, proses bedah siasat terhadap mayat anggota terbabit dilakukan di Jabatan Perubatan Foresik hospital berkenaan pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan kerosakan organ dalaman dialami anggota berkenaan.

“Sehingga kini punca kematian belum dapat dipastikan dan polis sedang menunggu laporan kimia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Yahaya berkata, buat masa ini, kes kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini tular di media sosial, mendakwa kematian anggota berkenaan dikaitkan dengan kes buli.

Indiran adalah anak bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejor C Kayamboo, yang terbunuh akibat nahas pesawat jenis Beechraft B200T di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

Ibunya, S Usha, 52, serta ahli keluarga terdekat berada di Jabatan Perubatan Forensik, HTAA, ketika proses bedah siasat dijalankan.

Mayat anggota tentera terbabit dijangka dituntut petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang, Pulau Pinang, bersebelahan pusara mendiang bapanya.

Related Posts

Pemimpin akar umbi perlu perkukuh perpaduan masyarakat

KOTA MARUDU – Pemimpin akar umbi perlu terus memainkan peranan sebagai ejen perpaduan bagi memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat sentiasa terpelihara. Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPSepang ambil tindakan penjaja tanpa lesen

SEPANG – Sekumpulan penjaja dikenakan tindakan Notis Tawaran Kompaun (NTK) dan sitaan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) atas pelbagai kesalahan. Dalam satu kenyataan, MPS berkata, Operasi Tindakan Penguatkuasaan itu dilaksanakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemimpin akar umbi perlu perkukuh perpaduan masyarakat

Pemimpin akar umbi perlu perkukuh perpaduan masyarakat

Antara nilai rahmah, maslahat ditanggung tuan rumah

Antara nilai rahmah, maslahat ditanggung tuan rumah

MPSepang ambil tindakan penjaja tanpa lesen

MPSepang ambil tindakan penjaja tanpa lesen

Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

Pas akan telan UMNO? Pengajaran politik daripada kemelut PN

Pas akan telan UMNO? Pengajaran politik daripada kemelut PN

Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan

Penantian lebih 50 tahun berakhir, Kerajaan MADANI lulus RM80.5 juta atasi banjir Teluk Intan