Negeri Sembilan perkasa kemudahan bekalan air industri

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan telah bersiap siaga melakukan persediaan awal dengan memperkukuh infrastruktur bekalan air di negeri ini termasuk menerusi pembangunan kemudahan bekalan air industri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, infrastruktur itu diperkasa kepada pemain industri disebabkan keperluan memenuhi permintaan bagi pembangunan tiga buah pusat data di negeri ini.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil bagi memastikan pembangunan tiga buah pusat data iaitu di Nilai, Seremban dan Port Dickson tidak menjejaskan bekalan air domestik kepada rakyat.

“Buat masa ini ketiga-tiga projek berkenaan akan menggunakan bekalan air sedia ada memandangkan negeri mempunyai lebihan kapasiti air terawat yang mencukupi.

“Buat masa ini mereka akan menggunakan bekalan air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) kerana kita mempunyai lebihan yang mencukupi untuk digunakan bersama.

“Dalam tempoh sama, kerajaan negeri sedang merancang sumber alternatif iaitu pembangunan air industri baharu termasuk menggunakan konsep new water yang dirawat semula bagi menampung keperluan sektor berintensifkan penggunaan air seperti pusat data,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi-Ngoi Fasa 2, Seremban, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aminuddin menambah, pembangunan kemudahan air industri itu penting bagi memastikan kawasan perindustrian yang menggunakan air dalam kuantiti tinggi dapat dipenuhi tanpa memberi tekanan kepada pengguna domestik.

“Bagaimanapun, konsep asas pembinaan pusat data adalah pihak pemaju akan membina loji rawatan air khas dengan menggunakan sumber air sungai atau air pulih guna dari loji syarikat pembentungan IWK Sdn. Bhd,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, LRA Ngoi-Ngoi 2 yang siap dibangunkan berupaya mengeluarkan sebanyak 150 juta liter air sehari.

Katanya, kapasiti tersebut mampu memberi manfaat kepada kira-kira 80,000 akaun pengguna melibatkan sektor domestik, komersial dan industri serta dijangka mampu menampung keperluan antara 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kerajaan negeri bagi memperkukuh sistem bekalan air selaras dengan pertumbuhan pelaburan dan pembangunan baharu.

“Setakat ini paras air di kesemua empangan di negeri ini berada dalam keadaan baik dengan empat empangan melebihi 90 peratus simpanan dan dua empangan mempunyai 100 peratus simpanan penuh,” katanya.

Related Posts

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan sebanyak 9,000 kilogram makanan haiwan yang tidak mempunyai permit sah dalam satu pemeriksaan di Kompleks ICQS…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

PADANG BESAR – Hasrat sebuah keluarga untuk membawa pulang jemaah umrah, Halimah Ismail, 64, ke tanah air tidak kesampaian apabila warga emas itu meninggal dunia di Madinah semalam. Anak ketiganya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan