Cemas biawak menyorok bawah almari, APM bertindak pantas

LIMBANG – Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas berjaya meredakan kebimbangan sebuah keluarga apabila seekor biawak yang ‘menceroboh’ rumah mereka di Kampung Punang berjaya ditangkap pada Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Maradona Tatah berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kehadiran reptilia itu di kediaman berkenaan.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat, skuad MyASPA-O 02 terus digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap haiwan liar (MHL).

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati seekor biawak sedang bersembunyi di bawah almari penyimpanan barang di dalam rumah tersebut.

“Anggota kemudiannya bertindak menggunakan teknik menjerut dan ikatan yang sesuai sebelum berjaya menangkap haiwan berkenaan dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, seramai empat anggota terlibat dalam operasi berkenaan dan kesemua mereka kembali ke PKOD Lawas dengan selamat selepas memastikan peralatan yang digunakan lengkap.

Dalam pada itu, Maradona turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi melibatkan ancaman haiwan liar demi keselamatan bersama.

“Sebarang kecemasan boleh dilaporkan terus kepada PKOD Lawas di talian 085-262073 atau talian kecemasan kebangsaan 999,” jelasnya.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit