Wanita ditahan jual tambah nilai judi dalam talian

MIRI – Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun ditahan dalam satu serbuan berkaitan aktiviti penjualan tambah nilai judi dalam talian (JOL) yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan di sebuah premis mini mart di Jalan Merbau, Miri, hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada siri operasi berterusan yang dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini bagi mengekang dan melumpuhkan kegiatan judi atas talian di daerah berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, seorang wanita tempatan telah ditahan kerana dipercayai berperanan menjual tambah nilai kredit judi dalam talian kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihak polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti berkenaan, termasuk peralatan komunikasi dan dokumen berkaitan transaksi.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau premis yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram. Tindakan tegas akan terus diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” tegasnya.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi IPD Miri di talian 085-433730 bagi membantu usaha pembanterasan jenayah di daerah ini.

Foto: Facebook Polis Daerah Miri

Related Posts

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar