Unjuran KDNK tinggi sokong pengukuhan ringgit

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan hari ini, disokong sentimen positif susulan pertumbuhan ekonomi negara yang mengatasi jangkaan.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 3.8970/9190 berbanding dolar AS, lebih kukuh daripada 3.9060/9155 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Prestasi itu didorong pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 sebanyak 6.3 peratus yang diumumkan minggu lalu, sekali gus mencerminkan ketahanan ekonomi domestik dalam persekitaran global yang mencabar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, unjuran rasmi KDNK 2026 antara 4.0 hingga 4.5 peratus berpotensi disemak ke paras lebih tinggi mengambil kira momentum pertumbuhan semasa.

“Ini bermakna Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 2026 berikutan tiada keperluan mendesak untuk memacu ekonomi secara berlebihan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, jurang kadar faedah antara kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) AS dan OPR dijangka semakin mengecil berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari oleh Fed pada tahun ini.

Katanya, perkembangan itu boleh menyokong ringgit untuk kembali melepasi paras psikologi RM3.9000 dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6242/6503 daripada 4.6325/6390 ketika ditutup pada Jumaat lalu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3178/3479 daripada 5.3211/3286.

Namun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5501/5648 daripada 2.5435/5474 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit turut mencatat prestasi positif.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0860/1042 daripada 3.0904/0950 serta meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.5273/6200 daripada 12.5607/5849.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 231.4/232.8 daripada 231.9/232.4 serta lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.71/6.76 daripada 6.73/6.74 ketika ditutup sebelum ini.

Related Posts

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI