Stor simpanan peralatan musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Roban Lama

SARATOK – Sebuah stor yang digunakan untuk menyimpan peralatan kerja di kawasan rumah persendirian di Jalan Roban Lama mengalami kerosakan teruk selepas terbabit dalam kebakaran sekitar tengah hari Sabtu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita dikenali sebagai Hajijah pada jam 1.38 tengah hari.

Susulan laporan itu, enam anggota APM bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok.

Pasukan tiba pada jam 1.50 tengah hari dan mendapati api telah berjaya dikawal hasil tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama anggota APM serta bantuan orang awam.

Kebakaran berkenaan menyebabkan kira-kira 80 peratus struktur stor musnah, manakala kebanyakan barangan yang disimpan di dalamnya tidak dapat diselamatkan, sekali gus mengakibatkan kerugian kepada pemilik.

Operasi tersebut turut melibatkan 12 anggota bomba, lapan anggota RELA serta seorang anggota polis bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan sepanjang operasi pemadaman dijalankan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.34 petang selepas pemeriksaan keselamatan dilakukan. Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat