
TAWAU – Pesta Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pejabat Parlimen Tawau berjaya menghimpukan kira-kira 5,000 pengunjung dari pelbagai komuniti.
Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, sambutan itu amat menggembirakan dan merupakan salah satu tradisi masyarakat Tawau atau Sabah yang wajar dihargai bagi mengeratkan serta mengamalkan keharmonian.
“Perayaan Tahun Baharu Cina bukan dimiliki khusus oleh bangsa Tionghoa sahaja kerana ramai pengunjung dan peserta yang menyertai persembahan terdiri daripada komuniti lain termasuk Bumiputera, Islam dan Kadazan.
“Ini mencerminkan keharmonian yang unik khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Su Fui yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata demikian kepada media semasa sambutan Pesta Tahun Baharu Cina 2026 Parlimen Tawau, di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, sebagai wakil rakyat daerah ini, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan kesepaduan dan keharmonian itu agar terus kukuh dalam kalangan masyarakat.
Selain persembahan tarian singa, sambutan itu turut diisi dengan persembahan vokal berkumpulan, tarian Qilin dan lain-lain.

Uniknya, sambutan itu menjadi lebih meriah dengan kehadiran kuda sebagai tarikan utama yang menarik perhatian pengunjung.





