Pasar Malam Tahun Baharu Cina julung kali di Bandar Sandakan

SANDAKAN – Ahli Parlimen Vivian Wong Shir Yee berharap orang ramai khususnya warga Sandakan dapat hadir memeriahkan program Pasar Malam Tahun Baharu Cina yang julung kali diadakan di kawasan bandar, Jalan Dua, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, penganjuran pasar malam itu merupakan satu keputusan yang mencabar memandangkan lokasi di kawasan bandar yang sebelum ini kurang mendapat tumpuan pengunjung.

Menurutnya, pihak penganjur pada awalnya bimbang orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk hadir berikutan isu jarak dan tempat parkir.

“Kami telah menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari kawasan bandar serta kemudahan parkir di Menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dibuka selama 24 jam.

“Penganjuran program ini adalah antara usaha pihak MPS untuk menghidupkan semula suasana bandar yang sering dilabel sebagai ‘bandar zombi’ atau ‘bandar hantu’ oleh sesetengah pihak,” ujarnya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Harapan Tahun Baru 2026, di Bandar Letat Jaya, di sini, pada Jumaat.


Tambah Vivian, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan termasuk usaha mempertingkat kebersihan bandar dan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi.

“Tidak dinafikan masih banyak perkara perlu diperbaiki, namun usaha itu sudah mula menunjukkan hasil.

“Malah, terdapat perkembangan positif termasuk pembukaan hotel baharu di kawasan bandar,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua pemimpin dan masyarakat supaya bersama-sama menyokong usaha memajukan bandar, bukannya menyebarkan imej negatif mengenai Sandakan.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia