5,000 pengunjung meriahkan Pesta Tahun Baharu Cina Tawau

TAWAU – Pesta Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pejabat Parlimen Tawau berjaya menghimpukan kira-kira 5,000 pengunjung dari pelbagai komuniti.

Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, sambutan itu amat menggembirakan dan merupakan salah satu tradisi masyarakat Tawau atau Sabah yang wajar dihargai bagi mengeratkan serta mengamalkan keharmonian.

“Perayaan Tahun Baharu Cina bukan dimiliki khusus oleh bangsa Tionghoa sahaja kerana ramai pengunjung dan peserta yang menyertai persembahan terdiri daripada komuniti lain termasuk Bumiputera, Islam dan Kadazan.

“Ini mencerminkan keharmonian yang unik khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Su Fui yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata demikian kepada media semasa sambutan Pesta Tahun Baharu Cina 2026 Parlimen Tawau, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, sebagai wakil rakyat daerah ini, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan kesepaduan dan keharmonian itu agar terus kukuh dalam kalangan masyarakat.

Selain persembahan tarian singa, sambutan itu turut diisi dengan persembahan vokal berkumpulan, tarian Qilin dan lain-lain.

Uniknya, sambutan itu menjadi lebih meriah dengan kehadiran kuda sebagai tarikan utama yang menarik perhatian pengunjung.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah akan memastikan segala bentuk bantuan kepada mangsa kebakaran besar di Kampung (Kg) Bahagia, di sini, disalurkan dengan segera, ujar Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Kerajaan Negeri Sabah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan mangsa kebakaran besar di Kampung (Kg) Bahagia, Batu Sapi, di sini, terjamin. Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat