Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu.

Bekas Ketua Armada Bersatu itu mengikut jejak langkah Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta beberapa lagi ahli Parlimen yang turut dipecat petang tadi.

“Insha-Allah saya akan terus istiqamah bersama YB Ketua Pembangkang, DS Hamzah Zainudin dalam berperanan sebagai Ahli Dewan Rakyat,” tulisnya lagi.

Beliau yang sebelum ini digantung keahlian dalam Bersatu kini dipecat menerusi notis yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti atas dakwaan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

Notis pemecatan berkuat kuasa serta-merta bertarikh hari ini dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.

Bersatu turut memecat beberapa lagi pemimpinnya hari ini yang dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti itu kini dipercayai dalam proses ‘pemutihan’ bagi memperkukuhkan kedudukan pemimpin nombor satu susulan masalah dan keretakan dalaman yang berlaku.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula