Kerajaan Sabah sumbang 2 kenderaan kepada JSJN, usaha banteras jenayah dadah

KOTA KINABALU – Usaha membanteras jenayah dadah di Sabah terus diperkasa apabila Kerajaan Negeri menyumbangkan dua unit kenderaan pacuan empat roda (4×4) kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sumbangan itu bukan sekadar bantuan logistik, malah mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Negeri dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah terus terpelihara daripada ancaman dadah.

“Kami amat memahami bahawa kekangan logistik, terutamanya melibatkan kenderaan operasi sedia ada yang uzur, sering kali menjadi cabaran dalam memastikan kelancaran pelaksanaan tugas di lapangan.

“Justeru, kelulusan dan penyerahan dua unit kenderaan Pacuan Empat Roda oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 27 November 2025 yang lalu adalah sangat signifikan dan tepat pada masanya serta memberikan nafas baharu kepada operasi kami,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan 4 Roda Kepada JSJN oleh Ketua Menteri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sabah yang bersempadan dengan Indonesia dan Filipina dikenal pasti sebagai lokasi strategik yang terdedah kepada ancaman penyeludupan dadah berskala besar serta pergerakan sindiket rentas negara.

Jelasnya, Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Sabah yang beroperasi di Sandakan sejak 2019 memainkan peranan penting dalam menyelaras risikan dan operasi bersama agensi penguat kuasa antarabangsa termasuk dari Indonesia, Filipina dan Brunei.

“SNN Sabah memainkan peranan kritikal dalam menyelaras risikan dan operasi bersama rakan penguatkuasaan antarabangsa seperti Polis Republik Indonesia (POLRI), Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia, Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) serta agensi berkaitan dari Brunei Darussalam.

“Melalui kerjasama erat ini, PDRM menunjukkan komitmen padu memastikan keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah terus terpelihara daripada ancaman dadah yang berpotensi menghancurkan generasi akan datang,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Komisioner Datuk Jauteh Dikun.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana