Silakan serbu, Rafizi sedia disiasat SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan satu serbuan terhadap dirinya, susulan laporan berhubung penyelewengan melibatkan pelaburan RM1.1 bilion.

Beliau memberitahu, maklumat mengenai serbuan berkenaan dimaklumkan oleh satu sumber dalaman SPRM kepadanya pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau bersedia untuk sekali lagi melalui pengalaman intimidasi daripada pihak berkuasa.

“Saya hendak sampaikan kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Azam Baki, saya ini veteran dalam bab kena tangkap dan masuk lokap, kena serbu, geledah.

“Saya bersedia melalui semuanya sekali lagi kerana taktik intimidasi dan mencipta kes seperti ini telah dibuat oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini tapi akhirnya kebenaran akan tetap terserlah selain rakyat akan buat penghakiman,” katanya.

Rafizi berkata demikian pada sidang media khas berkaitan laporan penyelewengan membabitkan SPRM seperti dilaporkan Bloomberg di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau telah dihubungi SPRM, Rafizi berkata, sehingga kini beliau masih belum dihubungi oleh suruhanjaya tersebut untuk sebarang tindakan termasuklah merakam keterangannya.

“Kalau dia (SPRM) hendak tangkap, tangkaplah, geledahlah. Kalau saya ada sesuatu untuk disembunyikan kenapa saya letak jawatan (daripada kerajaan).

“Saya dah letak jawatan hampir 10 bulan dan sampai sekarang tak ada apa-apa. Saya juga pernah jalani 16 kes, jadi apa yang saya boleh katakan kepada SPRM adalah ‘do your worst’,” katanya.

Rafizi memberitahu, ‘harga’ yang perlu dibayar atas prinsip dipegangnya amat berbaloi apatah lagi ia dibuat atas kepentingan rakyat.

“Jika perlu melalui sekali lagi dengan pengalaman masa lalu seperti masa kes 1 Development Malaysia Berhad (1MDB), Felda dan Lembaga Tabung Haji. Setakat masuk lokap dua, tiga hari, kena gari, semua berbaloi kerana perkara-perkara ini penting untuk rakyat.

“Jadi kalau berani, cuba buat. Saya juga hendak ingatkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau juga yang pernah melaungkan sendiri sebelum ini, rakyat adalah hakim negara. Akhirnya ia akan sampai juga kepada rakyat. Hanya tunggu masa sahaja,” katanya.

Pada Khamis, Semalam, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak SPRM untuk menyiasat bekas menteri kanan berkaitan perjanjian kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing membabitkan dana sehingga hampir RM1.1 bilion.

Laporan itu kemudian diulang ciap oleh Rafizi di laman sosial X miliknya dengan mendedahkan ia berkaitan syarikat reka bentuk semikonduktor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings, yang didakwa memberi sogokan kepadanya.

Dalam ciapan itu, beliau menyatakan kesediannya untuk disiasat oleh SPRM dan menyamakan tindakan itu dengan salah satu francais filem ternama Star Wars iaitu Empire Strikes Back.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil