UMS perkenal ekosistem universiti dan kerjaya kepada pelajar KVDSAZI

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi inklusif apabila menerima lawatan sambil belajar pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin (KVDSAZI), Melaka ke Akuarium Institut Marin Borneo (IMB), UMS, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Risiko dan Strategik Global, Pusat Pengurusan Strategik UMS, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohd Sani Sarjadi berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah penting sebagai pemacu utama pembangunan modal insan negara serta laluan strategik ke pendidikan tinggi dan dunia pekerjaan.

“TVET bukan jalan buntu, sebaliknya laluan alternatif yang relevan sama ada untuk terus memasuki alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“UMS sentiasa komited dan terbuka kepada pelajar daripada aliran TVET khususnya dalam bidang sains gunaan, kejuruteraan, teknologi marin, teknologi makanan serta teknologi dan inovasi.

“Apa yang kita perlukan hari ini ialah graduan yang seimbang antara kemahiran teknikal, pemikiran kritis serta nilai professional dan inilah kekuatan sebenar TVET,” ujarnya.

Tegas Sani, TVET memainkan peranan penting dalam menyokong sektor strategik negara seperti sains dan teknologi marin, pemprosesan makanan laut serta kelestarian sumber alam, sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai negeri maritim.

Lawatan tersebut melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada 25 pelajar dan 15 pensyarah, diketuai Pengarah KVDSAZI, Idopi Senin.

Program berkenaan mencerminkan komitmen UMS dalam menyokong agenda nasional TVET serta memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan vokasional dan universiti.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan