Paras air di Kampung Ulu Merapok terkawal

LAWAS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas melaksanakan rondaan dan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir sekitar Kampung Ulu Merapok pada Isnin sebagai langkah kesiapsiagaan awal menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, hasil pemantauan mendapati paras air di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Merapok berada pada paras dua kaki dengan trend penurunan dan masih dalam keadaan terkawal.

“Di Jalan Utama Kampung Tanah Sibagol pula, paras air direkodkan setinggi 0.2 kaki dan turut menunjukkan trend surut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, keadaan cuaca sepanjang tempoh pemantauan adalah baik dan stabil, sekali gus membantu mengurangkan risiko peningkatan paras air di kawasan terlibat.

Setakat ini, APM mengesahkan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan dan situasi keseluruhan berada dalam keadaan terkawal.

Dalam pada itu, semua anggota APM yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan selamat, manakala aspek logistik adalah mencukupi dan berfungsi dengan baik.

APM Daerah Lawas memaklumkan pemantauan berterusan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin.

Penduduk Kampung Ulu Merapok dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, peka terhadap perubahan cuaca serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan kepada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas di talian 085-262073 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri