1BestariNet: Muhyiddin `hutang dosa’ kepada anak-anak kami

ORANG ramai terutamanya ibu bapa bersetuju pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut seorang bapa, Adam Haikal Ismail, kes berkaitan 1BestariNet ini wajar diteruskan siasatan kerana selain ada penyalahgunaan dan penyelewengan dana, ianya juga satu `hutang dosa’ kepada anak-anak mereka.

“Biarpun kes ini sudah lama berlalu, namun Muhyiddin tetap ‘hutang dosa’ kepada anak-anak kami,” ujarnya yang juga seorang pekerja swasta di Perak ketika ditemui.

Tambahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (ketika itu Menteri Pendidikan) wajar disiasat dan perlu bertanggungjawab ke atas apa yang sudah dilakukan.

“Beliau patut dipertanggungjawabkan. Jangan takut berdepan dengan masalah. Berani kerana benar!,” tambah bapa kepada lima orang anak itu.

Terdahulu, pihak SPRM sedang menjalankan siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion.

Projek 1BestariNet yang bernilai RM4 biliion itu diberikan kepada YTL pada 2011 ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan.

Matlamat projek itu kononnya untuk menyediakan internet kelajuan tinggi dan platform belajar digital yang dikenali Frog VLE kepada 10,000 sekolah.

Bagaimanapun, projek menelan kos RM4 bilion ini hanya menawarkan internet yang perlahan dan tidak stabil yang membawa masalah seperti sukar ‘log in’, lambat akses dan selalu gagal apabila memuat naik bahan pengajaran.

Lebih menghairankan lagi apabila projek itu tamat kontrak pada tahun 2019, projek 1BestariNet diteruskan lagi walau mendapat tentangan daripada Menteri Pendidikan ketika itu, Dr Maszle Malik.

Maszlee mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Muhyiddin sentiasa meminta beliau supaya menyambung kontrak YTL bagi meneruskan projek 1BestariNet itu.

Difahamkan, Frog VLE sebenarnya hanya menggunakan platform Google Classroom yang boleh didapati secara percuma.

Menurut Rohani Naseer pula, apabila mengenangkan kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu, sehingga kini dia teringatkan apa yang sudah beliau lakukan ketika negara berhadapan dengan serangan wabak virus Covid-19.

“Anak-anak ketika itu belajar dalam serba kekurangan selama dua tahun tanpa sessi bersemuka. Hal ini sedikit sebanyak secara tidak langsung memberi kesan besar kepada perkembangan pembelajaran anak-anak yang banyak tercicir,” katanya.

“Saya sebagai ibu setiap kali melihat beliau, berasa terkilan. Teringat apa yang sudah dilakukan di bawah kepimpinannya sama ada sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri mahupun Menteri Pendidikan,” katanya kesal.

Related Posts

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

AYER KEROH – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menjadi wadah perjuangan yang merangkul semua generasi, termasuk anak muda dan veteran parti dalam memperkukuh agenda reformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

AYER KEROH – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberikan ruang kebebasan lebih luas kepada mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar