Ibu tunggal maut kesan kelar pada leher

BUTTERWORTH – Seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, petang Selasa lalu.

Mangsa berusia 41 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.40 petang selepas jiran mendapati mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberikan sebarang respons walaupun pintu rumahnya terbuka, namun pagar jeriji didapati berkunci.

Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh, termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesan kelar tersebut dipercayai menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.

“Tiada kesan pergelutan menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu dikenalinya.

“Kita juga percaya mangsa diserang dari arah belakang, namun bedah siasat akan dijalankan malam ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran