Pembangkang ‘sentap’ PMX tegur isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia

KUALA LUMPUR – Sesi penerangan khas isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia hari ini bertukar kecoh selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembangkang sebagai biadab kerana memaki hamun beliau dan kerajaan dalam isu tersebut.

Anwar memaklumkan, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Ahli Parlimen pembangkang mahu bertanyakan isu tersebut, tetapi bukan dengan menuduh beliau serta kerajaaan khianat kepada negara.

“Kita harus mengucapkan penghargaan setingginya kerana pegawai-pegawai kita, bahagian hal ehwal, persempadanan, disokong bahagian topografi, Jabatan Peguam Negara, bahagian pemetaan, Kementerian Pertahanan, tentera, itu terpaksa beredar ke hutan belantara untuk memastikan peta itu dimuktamadkan.

“Jadi saya harap, walaupun pembangkang memilih untuk tidak menyertakan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai kerajaan dan tentera, kerana yang ada itu menghina, kenyataan biadab menghina. Apa yang tidak betul? Termasuk Pendang.

“Kalau tak tahu, tanya. Kalau tak tahu, jangan maki hamun. Tak tahu, tanya!,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen PN Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen PN Pendang, Datuk Awang Hashim dan Ahli Parlimen PN Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membantah kenyataan tersebut dengan menyifatkan ia suatu tuduhan yang tidak benar kepada pembangkang.

Rosol berkata, kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang memaki hamun dalam isu tersebut merupakan suatu tuduhan, manakala Awang menegaskan isu itu dibangkitkan oleh pembangkang berdasarkan laporan pihak Indonesia.

“Kami ambil kenyatan itu dari Indonesia. Kami tak pernah maki. Kami tanya jawablah,” kata Awang.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan kemudian bangkit mempertahankan kenyataan Perdana Menteri dengan mendakwa pihak pembangkang sebenarnya membuat tuduhan apabila membangkitkan isu tersebut.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut bangun menegaskan bahawa tuduhan pembangkang yang mendakwa beliau mengkhianati negara perlu diperbetulkan.

“Saya kata ada kenyataan biadab. Ada kenyataan yang menuduh saya khianat pada negara. Ini yang kita kena betulkan. Pegawai-pegawai (kerajaan) kita bekerja bertungkus-lumus,” tegas beliau.

Perdana Menteri menegaskan, hal-hal yang menyentuh kepentingan negara termasuk sempadan harus dibincang secara berhemah, namun beliau membantah keras tuduhan dan fitnah menyatakan beliau mengkhianati negara.

“Kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan menjatuhkan hukuman dan juga jangan menyinggung perasaan rakan-rakan kita di Indonesia yang berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab antara dua negara,” katanya.

Related Posts

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) bukan ditubuhkan untuk membuka aib umat Islam atau menjadikan institusi berkenaan sebagai bahan politik, sebaliknya bagi memperbetulkan kelemahan tadbir urus yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel mengeluarkan tender pembinaan bagi projek penempatan E1 di timur Baitulmaqdis yang disifatkan mengancam kelangsungan sebuah negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

Mayat pemancing lemas terjatuh Sungai Pahang ditemukan

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

“Cukuplah! Jangan biarkan anak-anak takut ke sekolah” – Yuneswaran

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi