Tiada keperluan laksana Pilihan Raya Datuk Bandar, boleh cetus konflik dengan Persekutuan

PUTRAJAYA – Cadangan Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempunyai keperluan perlembagaan serta berpotensi menjejaskan tadbir urus Wilayah Persekutuan.

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kedudukan Kuala Lumpur berbeza berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT) lain kerana ia merupakan Wilayah Persekutuan yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, dalam konteks Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) misalnya Perlembagaan memberi kuasa penuh kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan seolah-olah ia merupakan Badan Perundangan Negeri.

“Sehubungan itu DBKL bukan pihak berkuasa tempatan yang wujud di bawah kuasa undang-undang negeri tetapi merupakan suatu entiti pentadbiran Persekutuan.

“Maka tidak timbul sebarang keperluan perlembagaan atau statutori untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi DBKL,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, Perlembagaan juga tidak memperuntukkan sebarang hak, kewajipan atau keistimewaan perlembagaan untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menambah, hak memilih yang diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan adalah terhad kepada pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Perlembagaan hanya menyatakan undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya selain pilihan raya Parlimen dan DUN.

“Oleh itu, ketiadaan pilihan raya DBKL tidak boleh dianggap sebagai pencabulan hak demokratik atau prinsip demokrasi berperlembagaan,” katanya.

Tambah beliau, pentadbiran bandar raya melibatkan keputusan yang bersifat teknikal, kompleks dan berimpak tinggi termasuk perancangan guna tanah, kawalan bangunan, pengangkutan awam, penguatkuasaan undang-undang kecil dan keselamatan awam.

“Dalam konteks undang-undang pentadbiran, jelasnya, keputusan sedemikian wajar dibuat oleh pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran, kesinambungan pentadbiran serta kebebasan daripada tekanan politik jangka pendek, selaras dengan prinsip ‘reasonableness’, ‘proportionality’ dan kepentingan awam,” katanya.

Selain itu, Zainul Rijal berkata, pelaksanaan pilihan raya DBKL berpotensi mewujudkan pertindihan mandat antara Datuk Bandar yang mempunyai legitimasi politik dengan Kerajaan Persekutuan yang mengekalkan kuasa ke atas tanah, kewangan dan keselamatan.

“Keadaan ini boleh mencetuskan konflik dasar, pertindihan kuasa, serta risiko keputusan yang bersifat ultra vires sekali gus mewujudkan ketidakpastian undang-undang dalam pentadbiran bandar raya.

“Sekiranya Datuk Bandar dipilih melalui pilihan raya juga, prinsip tanggungjawab menteri akan terjejas kerana timbul persoalan pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sekiranya berlaku kegagalan pentadbiran atau dasar,” katanya.

Sebagai ibu negara juga, ujarnya, Kuala Lumpur menempatkan institusi Persekutuan, misi diplomatik asing dan infrastruktur strategik negara.

Sehubungan itu pentadbiran Kuala Lumpur melibatkan pertimbangan keselamatan dan kepentingan nasional yang melangkaui kepentingan tempatan semata-mata.

“Atas sebab ini, adalah wajar dari sudut undang-undang dan dasar awam supaya pentadbiran Kuala Lumpur kekal di bawah kawalan langsung Kerajaan Persekutuan.

“Sehubungan itu, berdasarkan analisis perlembagaan dan perundangan, cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar tidak mempunyai asas perlembagaan yang mandatori, berpotensi menjejaskan struktur kuasa sedia ada serta bercanggah dengan prinsip pentadbiran Wilayah Persekutuan.

“Pada pandangan saya pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur hendaklah kekal sebagai suatu fungsi Persekutuan yang ditadbir menurut undang-undang, prinsip tadbir urus yang baik dan kepentingan awam tanpa dipolitikkan melalui mekanisme pilihan raya tempatan,” katanya.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat